September 26, 2011

Palestin Yang Dilupakan

Kemelut Palestin yang tidak pernah menemui titik noktah, janji-janji Israel dengan segala macam rundingan palsunya, Amerika Syarikat yang bersandiwara kononnya ingin mengambil langkah keamanan dengan negara-negara asia barat seakan menutup isu Palestin dari perhatian masyarakat dunia. Seketika ia rancak apabila kapal kemanusiaan, Mavy Marmara yang membawa bekalan bantuan kepada rakyat Palestin diserang tentera Israel durjana, kemudian senyap kembali tanpa sebarang tindakan pun yang mampu diambil oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kepada tentera Zionis itu. Israel tidak langsung boleh diusik oleh sesiapa pun. Kekebalannya mengatasi kuasa dunia. Rakyat Islam Palestin terus diseksa, ditindas, dizalimi dan dibunuh tanpa belas. Hidup sebagai buruan di negara sendiri. Batu dijadikan senjata untuk melawan bedilan-bedilan bom. Anak-anak kecil seusia tujuh lapan tahun sudah mengerti erti jihad dan syahid. Air mata telah kering, malam mereka bukan dihiasi mimpi indah untuk menjalani hidup yang mendatang tapi dipersiapkan diri untuk mati di esoknya. Alangkah sedihnya kerana saya hanya mampu menonton dan melihat saudara seislam diperlakukan serakus itu.

Mahmood Abbas
Kini, isu Palestin hangat kembali. Tatkala tiada apa yang boleh diharapkan daripada Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), Mahmood Abbas bangun berucap, menuntut dan memohon autoriti Palestin ketika Perhimpunan Agung PBB, 23 September yang lalu. Apa yang menarik, seluruh anggota PBB yang mewakili negara-negara dunia bangun dan bertepuk tangan sebagai tanda sokongan kecuali Israel dan sekutu kuatnya, Amerika Syarikat yang tetap angkuh di kerusi masing-masing.

Yang peliknya, reaksi Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama itu seakan bertentangan dengan manifesto pilihan rayanya sebelum ini sehingga beliau diangkat sebagai presiden. Kononnya ingin mengambil langkah perdamaian dengan negara-negara Asia Barat, namun lihatlah. Akhirnya, Amerika Syarikat membuktikan kepada dunia siapa sebenar dirinya. Barrack Obama adalah orang pertama selepas israel yang menentang sekeras-kerasnya permohonan Palestin itu. Malah Barrack dengan angkuh dan sombongnya berkata andai permohonan itu dipersetujui majoriti, beliau tidak teragak-agak untuk menggunakan kuasa veto Amerika Syarikat bagi menghalang hasrat Palestin itu. Tidak cukup dengan itu, beliau menghantar Menteri Luarnya, Hallary Clinton dan Dennis Ros untuk ke Timur Tengah, melobi dan memujuk para pemimpin Arab agar tidak mendukung langkah itu.

Penderitaan rakyat Palestin yang tidak berkesudahan
Jika disorot kembali sejarah hitam bumi Palestin selepas kejatuhan khilafah Uthmaniyah pada tahun 1924, jelas rakyat Palestin tidak dilayan dengan adil. Monopoli Yahudi menidakkan hak-hak rakyat Palestin. Mana tidaknya, pada 29 November 1947, PBB mengeluarkan keputusan membahagikan Palestin kepada dua bahagian, satu untuk bangsa Arab dan satu untuk bangsa Yahudi sedangkan kerajaan israel yang mengatakan Palestin sebagai tanah air mereka telah lama mengalami kehancuran dan pengusiran demi pengusiran. Jika ditelusuri sejarah dengan teliti, mereka sebenarnya bukanlah penduduk asal bumi Palestin. Mereka hanya ingin menguasai Palestin kerana ia merupakan pusat strategik ketenteraan yang boleh dijadikan tonngak untuk menguasai dunia. Cadangan Theodor Herzl dalam persidangan Yahudi yang pertama diadakan di Basle pada 29 Ogos 1897 untuk menubuhkan negara Yahudi di Palestin akhirnya direalisasikan pada 14 Mei 1948 apabila British yang mengakhiri penjajahannya di Palestin mengumumkan penubuhan negara Israel. Presiden Amerika Syarikat pula mengiktiraf kerajaan haram israel sehari selepas itu. Walaupun pengiktirafan ini menyebabkan pengisytiharan perang oleh kebanyakan negara-negara arab ke atas israel, namun peperangan ketika itu hanya memberi kelebihan kepada israel. Sehingga kini, tiada pembelaan ke atas nasib Palestin. Dan bukankah Allah telah berfirman:

وَلَن تَرْضَى عَنكَ الْيَهُودُ وَلاَ النَّصَارَى حَتَّى تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ 
(Al-Baqarah 2:120)

Hampir 30 tahun rundingan damai yang tidak pernah berhasil dan kekejaman Zionis terhadap rakyat Palestin yang berterusan mana mungkin tidak merobek kesabaran Mahmood Abbas untuk terus bertahan, sebaliknya bangun menuntut autoriti Palestin agar PBB mengiktiraf Palestin sebagai negara merdeka selain turut mengiktirafnya sebagai negara anggota ke 194 badan dunia itu. Amerika Syarikat sudah jelas kelihatan tertekan. Gentar dengan ancaman israel. Jika Amesika Syarikat menyokong, padahnya, tidak mustahil akan muncul selepas ini presiden Amerika Syarikat yang pertama dari bangsa Yahudi kerana politik negara itu dikawal ketat oleh Zionis laknatullah. Maka tidak hairanlah, Amerika Syarikat sanggup mengenepikan sokongan dunia terhadap tuntutan itu dengan mengugut untuk menggunakan kuasa vetonya. Biarkan..Biarkan Amerika Syarikat menggunakan kuasa vetonya. Biarkan Mahmood Abbas tewas dalam tuntutan ini. Sekurang-kurangnya, masyarakat dunia telah dapat melihat siapa sebenarnya Amerika Syarikat yang selama ini hanya bertopengkan keamanan, penuh hipokrasi. Sekurang-kurangnya,israel dan Amerika Syarikat akan dimalukan kerana menghalang keamanan dunia. Sekurang-kurangnya, isu Palestin kembali mendapat perhatian masyarakat dunia. Sekurang-kurangnya, negara-negara islam melalui OIC tersedar dari lamunan dan mengkaji kembali peranannya untuk membantu negara-negara islam yang ditindas khususnya Palestin.

Palestin yang dilupakan sekali lagi membuka mata dunia. Hakikatnya, Allah itu ada. Sekalipun Yahudi merancang, ingatlah Allah itu Maha Perancang. Janji Allah itu pasti. Cuma, Dia menunggu kebangkitan kita. Dia menunggu hadirnya orang-orang yang sabar dan ikhlas memperjuangkan agamaNya. Sehingga itu, yakinlah KEMENANGAN PASTI MILIK ISLAM!!



Hudud Bukan Sekadar Isu Tetapi Satu Kewajipan

Peluang untuk menghadiri Seminar Undang-Undang Syariah Peringkat Kebangsaan sempena Majlis Sambutan Hari Hududullah Negeri Kelantan pada 20 September yang lalu saya cuba manfaatkan dengan sebaiknya. Bermula dengan pembentangan kertas kerja 1 bertajuk "Peruntukan Perlembagaan dan Bidang Kuasa Agama Negeri dalam Memperkasakan Undang-Undang Syariah" oleh Tn. Hj. Mahamad Naser bin Disa, Timbalan Ketua Bahagian Penasihat Syariah Jabatan Peguam Negara dan diteruskan dengan perasmian oleh YAB Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan dan seterusnya pembentangan kertas kerja 2 yang bertajuk "Hudud Satu Pencegahan dan Pendidikan, Bukan Hukuman" oleh Prof Madya Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin, penceramah bebas yang cukup disegani. Di sebelah petangnya diadakan diskusi dan sesi dialog bersama para pembentang kertas kerja dan penceramah jemputan, Dr Abdul Basit bin Ab Rahman.

Perasmian oleh YAB Tuan Guru
Dari seminar ini, banyak input-input yang dapat saya kongsikan dengan anda tentang hakikat hudud yang menjadi isu hangat pada hari ini. Apa yang menarik perhatian saya, mengikut Perkara 3 (1) dalam Perlembagaan Persekutuan, Islam ialah agama bagi persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai. Perlembagaan tidak pernah menyebut Islam sebagai agama rasmi sebaliknya ia adalah agama persekutuan iaitu agama negara sekali gus menafikan bahawa islam dalam perlembagaan hanyalah untuk upacara ritual dan keagamaan semata-mata. Dan Perkara 4 (1) yang menyatakan pelembagaan adalah undang-undang tertinggi negara sepatutnya tidak menafikan kedudukan islam sebagai agama negara, bahkan ia memartabatkan Perkara 3(1) itu. Walaupun sebelum ini kebebasan beragama dijadikan hujah untuk orang islam menukar agama seperti dalam kes Kamariah Ali dan Lina Joy, Mahkamah Tertinggi Negara telah memutuskan bahawa islam sebagai agama persekutuan tidak sama dengan agama-agama lain. Bahkah, hanya islam sahaja satu-satunya agama yang disebut dalam perlembagaan negara. Jelas, perlembagaan kita sebenarnya memberi ruang untuk pelaksanaan syariat islam secara total termasuklah pelaksanaan hukum hudud jika Persekutuan menyedari tanggungjawabnya untuk memastikan penggubalan atau pelaksanaan dasar bagi perkara berkenaan mematuhi agama negara atau tidak menjejaskan agama negara. Walaupun Perkara 162 meletakkan undang-undang inggeris sebagai temporary and transition, prinsip agama dalam perlembagaan terus diketepikan. Yang menjadi masalah sebenarnya, penafsiran perlembaagaan yang salah menidakkan usaha memperkasakan undang-undang Syariah di Malaysia. Manakala pemikaran umat islam pula masih dibelenggu undang-undang inggeris itu.

Pembentangan kertas kerja oleh Dr Asri Zainul Abidin
Sesi dialog sebelah petang
Dr Asri dalam pembentangan kertas kerjanya menyatakan hudud sebenarnya hanyalah mekanisme untuk mencegah jenayah dan mendidik masyarakat, bukannya asas kenegaraan dalam islam. Islam menetapkan keadilan dan maslahat negara berteraskan prinsip-prinsip al-quran dan as-sunnah sebagai asas yang utama. Justeru, gambaran negara islam sebagai negara hudud adalah tidak tepat. Namun, menjadi kewajipan pemimpin negara islam untuk memastikan hukum Allah itu terlaksana. Pun begitu, pemimpin perlu memastikan persekitaran yang kondusif untuk melihat perjalanan hudud itu berlaku dengan adil tanpa cetusan fitnah. Huraiannya, anda boleh baca sendiri dalam blognya drmaza.com untuk mendapat penjelasan yang lebih terperinci.

Ketika ditanya wartawan, YAB Tuan Guru dengan tegasnya menyatakan pendirian untuk tetap melaksanakan hukum hudud di Kelantan dan menyifatkan Kelantan telah kondusif untuk pelaksanaan undang-undang itu dan hanya menuggu kelulusan persekutuan sahaja lagi untuk menggubal beberapa perkara dalam perlembagaan. Walaupun ditentang pelbagai pihak, namun hasrat itu tidak pernah berganjak selaras matlamat perjuangan PAS. BN pula menyatakan alasan kondisi negara yang masih tidak sesuai untuk dijalankan hukum hudud. PAS dituduh mencetus polimik untuk meraih sokongan orang Melayu. Tidak kurang juga yang menyifatkan YAB Tuan Guru mempermain-mainkan agama kerana menjadikan hudud sebagai mainan politik. Malah, Khairi Jamaluddin, Ketua Pemuda Umno menuntut agar persekutuan membenarkan hudud di negeri-negeri pakatan untuk melihat sejauh mana kebenaran perjuangan PAS. Teruskan..Teruskan tuntutan itu Khairi Jamaluddin. Saya menyokong dan kita lihat nanti bagaimana hudud itu dilaksanakan PAS.

Benar, keadaan mungkin belum cukup kondusif untuk pelaksanaan hudud dan memerlukan bebrapa ijtihad baru, namun bagaimana keadaan kondusif itu dapat direalisasikan andai tiada langsung usaha untuk mewujudkan keadaan kondusif itu? Mengapa berterus-terusan memberi alasan keadaan negara yang belum cukup kondusif sedang pemimpin sendiri yang tidak cuba mengkondusifkan keadaan? Jadi wajarlah saranan YAB Tuan Guru disambut baik oleh masyarakat Kelantan kerana kerajaan Kelantan dilihat begitu konsisten mewujudkan keadaan kondusif dengan usahanya memartabatkan islam dan menunjukkan kebaikan islam yang sebenar di mata non muslim di negeri Kelantan. Bukankah begitu wahai rakyat Malaysia? Hudud bukan sekadar isu tetapi satu kewajipan. Fikir-fikirkanlah..

September 17, 2011

M.E.D.I.C


 


M.E.D.I.C
A word with many negative values. Hard, tired, suffer, busy, no life etc. What is confusing me, all these words come from the medical students, the future doctors! Suffering with their own choice. Is it a regret? Or only sighing to keep them weak with no afford to be a great doctor?

One year going through this world gives me some clues abaout what M.E.D.I.C exactly is.

Yes, that year is indeed a hard life for a new comer like me. But yet, i not regret and enjoy it well. It is actually my world, your world and our world. It is all about us. I got free medical advice during the lecture, i learned about my self (to be honest, i do not really know who am i before), i started to realise the reality of human life, their complicatication and diseases and the best thing is i got the point to help others- a great chance to spread dakwah among people.

Learning medicine in the first year is not enough for me to get the view of  'reality'. Lecture is all about fact and theory. That's why, i try to get some experience from the seniors, doctors and some medical website. And also, try to involve myself with the community. Softskill- a skill of communication and experience with people is actually the most important element for a doctor. Why? Because we are dealing with human, not object. That is what  i learned from Simposium Mahasisiwa Perubatan Islam organised by PERUBATAN (our medical society of malaysian student in Egypt) during this summer break. We not treat the disease, but we treat the human, someone having life and feeling. We must consider all the biological, physiological, social as well as spiritual aspect of the patient because all of these contribute in healing.

All muslim doctors should have the most important mission in their lives which is to treat peole to get them closer to Allah. As you know, doctor is among the widest carier for dakwah. But still, most of the muslim doctors dont realise it. Let me show you some phenomenas that happen around us right now:

-Learning medicine with no struggle and just aiming to pass the exam without realising the responsibility of dakwah towards islamic generation.

-Learning medicine with struggle and just aiming to be excellenct in exam without realising the responsibility of dakwah towards islamic generation. 

-Realising the responsibility of dakwah towards islamic generation, having great motivation to islah others but still not struggle to really understand medicine.

As a doctor, realising the responsibility of dakwah means that realising the responsibity towards knowledge as a medical student and also reponsibility towards community. A good doctor is a doctor who is honest to his knowledge, realistic and realising his resposibilities as abid and caliph either he is excellent in examination or not, but still, i am not denying that understanding well contribute to excellence in exam. Aiming the best understanding in learning medicine for sure, and also the best for understanding islam should be out targets because we are the future generation that should shift the world of islamic medicine!

So, why should a doctor keep sighing all the time while he actually knows his great future? Why still wasting time with something with no benefits at all? Why still not managing your time between what is most, more and less important regarding to all your responsibilities?

Keep thinking, doc! Just assume this article as a motivation and challenge to all the great doctors in the future. Insya Allah. May Allah with us.



*I'm sorry for all the grammatical errors in this article. Just ignore it. Thank you :)


 

September 07, 2011

Saya Anak Malaysia

Agak lama tidak mengupdate blog. Masa-masa lapang seusai pulang ke tanah air saya manfaatkan untuk berbakti kepada keluarga. Kadang-kadang saya keluar bersama rakan-rakan lama yang sepengajian dengan saya di maahad. Banyak yang telah berubah. Bermula daripada suasana keluarga (kerana masing-masing semakin membesar dan matang), teman-teman (dengan penampilan sebagai watak remaja), jiran-jiran, saudara-mara, seterusnya masyarakat Malaysia sendiri.

Mengapa masyarakat Malaysia berubah?

Setahun saya tinggalkan tanah air tercinta ini sudah cukup menzahirkan perbezaan dulu dan kini. Ada kalanya ketika bosan keseorangan berada di rumah kerana yang lainnya keluar menunaikan amanah sebagai khalifah  bumi pinjaman Allah, ibu jari saya pantas menekan butang remote televisyen untuk menonton rancangan-rancangan yang disiarkan. Apa yang menarik perhatian saya, banyak siaran televisyen kini yang ingin menyampaikan mesej islam secara halus dan dalam keadaan kita tidak sedar. Satu perubahan yang cukup mengagumkan!

Program-program kartun seperti Mat Jo yang disiarkan sepanjang Ramadhan menunjukkan pendekatan berani dalam menyelitkan mesej islam melalui kisah-kisah ulama' untuk diadaptasi dalam dunia kanak-kanak. Satu usaha yang boleh dipuji. Program kartun tempatan lain seperti Boboiboy juga ada menyelitkan mesej islam walaupun secara tidak langsung melalui penciptaan watak kanak-kanak perempuan bertudung. Saya dikejutkan lagi dengan satu cerita Melayu yang bersiaran lebih kurang dua jam dengan judulnya Mencari Bidadari. Apa yang saya ingat tentang kisahnya, pada endingnya, seorang lelaki bersetuju mengahwini seorang perempuan yang merupakan anak kepada gurunya walaupun anaknya telah dikhabarkan buta, pekak dan bisu. Namun, selepas diakad nikah dan si suami bertemu mata dengan si isteri, ternyata isterinya bukan seperti yang digambarkan ayahnya. Malah dia lebih cantik dan serba sempurna. Rupa-rupanya apa yang dimaksudkan ayahnya, anak gadisnya itu buta dari melihat maksiat, pekak dari mendengar perkara yang melailakn dan bisu dari bercakap sesuatu yang buruk dah boleh menyakiti hati orang lain. Hebat bukan?

Drama seperti Ramadhan Terakhir dan Stanza Cinta juga patut diberi pujian dengan pembawaan watak dan mesej yang islamik. Lupakan seketika kontroversi yang melanda Nur Kasih dan kini Tahajjud Cinta arahan Erma Fatima. Cuba kita lihat dari perspektif yang berbeza dan tidak menggunakan emosi, bukankah karya ini ditonjolkon untuk satu percubaan baru dalam dunia perfileman? Iaitu satu percubaan untuk menggambarkan kehidupan masyarakat islam walaupun banyak juga gambarannya yang salah. Saya tidak mahu melontorkan pendirian yang jelas tentang drama Tahajjud Cinta yang sedang hangat ditayangkan kerana saya sendiri agak ketinggalan dan hanya sempat beberapa kali sahaja menonton episod drama kontroversi ini. Jika nature drama ini benar-benar ada berlaku dalam masyarakat kita, saya menggapnya sebagai suatu kritikan sosial. Tetapi jika ia hanya direka-reka untuk memburukkan islam dan menyindir hukum-hukum Allah, saya sendiri tidak bersetuju dengan penayangannya.Dari sudut yang lain, sebenarnya dakwah islam sudah melebar luas kepada masyarakat negara ini sehingga memaksa para penggiat seni tanah air untuk memaparkan kisah-kisah islamik sesuai dengan permintaan masyarakat. Berapa ramai artis-artis wanita tempatan seperti Catriana Ross dan Raja Farah yang mula memakai jilbab serta Bob Lokman yang meninggalkan dunia hiburan atas kesedaran ini?

Beralih kepada dunia politik, bagaimana pula dengan Umno yang mula menyedari kepentingan ulama' untuk meraih sokongan rakyat dengan adanya Ulama' Muda Umno? Bukankah ini juga menunjukkan bahawa orang Melayu di negara ini sudah mula menyedari kepentingan hidup beragama? Tidakkah ini satu petanda yang jelas bahawa masyarakat kita telah berubah?

Saya Anak Malaysia

Tanggal 31 Ogos 2011 bersamaan 2 Syawal 1432H yang lalu, sekali lagi kita berpeluang menyambut hari kemerdekaan yang ke-54. Alhamdulillah.. Jika dulu, saya tidak begitu mengerti apa ertinya kemerdekaan, kini dengan perubahan ini menaikkan lagi semangat saya untuk memaknakan erti kemerdekaan yang sebenar. Pena yang menulis saat ini menjadi saksi pada sebuah janji yang lahir dari hati untuk membebaskan negara ini dari segala bentuk penjajahan demi ISLAM yang berdaulat kerana saya anak Malaysia.