July 12, 2011

Matlamat Menterjemah Tindakan


Lama sudah dunia penulisan ini saya tinggalkan. Tidak berkesempatan kerana tuntutan komitmen pada amanah pelajaran. Namun, ia tidak sepatutnya menjadi alasan jika matlamat saya jelas. Jelas untuk hidup di dunia sebagai abid dan khalifah, menjadikan dunia sebagai ladang akhirat bukannya sebagai tujuan duniawi yang sementara. Nothing is impossible to a willing heart. Baru saya sedar betapa pentingnya kuasa MATLAMAT dalam melahirkan kuasa MAHU pada apa sahaja tindakan yang menuju matlamat itu.

Matlamat Menterjemah Tindakan


Bagaimana? Sebelum saya menjawab soalan ini, saya ingin mengajak anda befikir sejenak bersama saya. Pernahkah anda terdengar atau terbaca statement ini. "Matlamat tidak menghalalkan cara"? Dan contoh yang dibawa ialah kisah Robbin Hood yang mencuri untuk membantu orang lain. Sekali lagi, bagaimana? Bukankah matlamat itu menterjemah tindakan? Bukankah sepatutnya matlamat yang murni dan tulus akan turut melahirkan tindakan yang murni dan tulus?