Lama sudah dunia penulisan ini saya tinggalkan. Tidak berkesempatan kerana tuntutan komitmen pada amanah pelajaran. Namun, ia tidak sepatutnya menjadi alasan jika matlamat saya jelas. Jelas untuk hidup di dunia sebagai abid dan khalifah, menjadikan dunia sebagai ladang akhirat bukannya sebagai tujuan duniawi yang sementara. Nothing is impossible to a willing heart. Baru saya sedar betapa pentingnya kuasa MATLAMAT dalam melahirkan kuasa MAHU pada apa sahaja tindakan yang menuju matlamat itu.
Matlamat Menterjemah Tindakan
Bagaimana? Sebelum saya menjawab soalan ini, saya ingin mengajak anda befikir sejenak bersama saya. Pernahkah anda terdengar atau terbaca statement ini. "Matlamat tidak menghalalkan cara"? Dan contoh yang dibawa ialah kisah Robbin Hood yang mencuri untuk membantu orang lain. Sekali lagi, bagaimana? Bukankah matlamat itu menterjemah tindakan? Bukankah sepatutnya matlamat yang murni dan tulus akan turut melahirkan tindakan yang murni dan tulus?
Lalu, mengapakah munculnya watak Robbin Hood? Atau mungkin hipotesis saya yang mengatakan matlamat menterjemah tindakan itu salah. Terlalu awal untuk membuat kesimpulan tanpa melalui beberapa proses eksperimen, benar?
Jom, kita wujudkan pula watak praktikal di zaman sekarang. Di Malaysia, tanah air tercinta. Pernahkah anda terdengar gerakan Sisters In Islam atau singkatannya, SIS? Satu gerakan yang ingin membela nasib wanita yang dizalimi dan memperjuangkan "emansipasi wanita". Namun, mengapakah munculnya watak-watak gerakan ini yang berani menentang hukum Allah yang jelas terkandung di dalam Al-Quran semata-mata ingin mengangkat kedudukan wanita?
Apabila Matlamat Tidak Disandarkan Kepada Allah
Ya! Apabila matlamat tidak disandarkan pada Allah. Itu kuncinya.Kunci untuk konklusi kepada persoalan-persoalan sebelum ini. Robbin Hood dengan matlamat yang jauh dari syariah kerana tiadanya aqidah yang menjadi tunjang syariah dan gerakan SIS pula dengan matlamatnya yang menyalahi syariah kerana kefahaman aqidah yang songsang. Lalu kedua-duanya menterjemah tindakan persis matlamat asalnya. Jadi, boleh saya konklusikan, tidak pelu wujudnya statement matlamat tidak menghalalkan cara kerana cara sememangnya tidak akan halal apabila didahului matlamat yang tidak halal.
Namun, matlamat yang jelas disandarkan pada hak-hak Allah tidak mampu menterjemah tindakan yang selari tanpa konsistensi pada matlamat tersebut. Buktinya, berapa ramai daie' yang suqut di medan dakwah? Hanya kerana undisirable condition pada masa itu, ramai daie' melupakan disirable ending pada masa hadapan. Rata-rata membuat kesimpulan tiadanya kuasa FAHAM pada matlamat perjuangan menjadi punca tiadanya kuasa MAHU pada jalan dakwah. Tanpa kefahaman, mana mungkin si futur itu bergelar daie' pada awalnya? Yang jelasnya tittle itu BERUBAH dari daie' kepada futur.
BERUBAH=TIDAK KONSISTEN
Dan tanpa konsisiten, matlamat terkubur.
Langkah seterusnya, realitikan matlamat anda dengan tindakan yang original. Bukan tiruan dan bukan juga ciplak. Untuk melahirkan tindakan yang syarie', matlamat perlu syarie', untuk melahirkan tindakan yang konsisiten, matlamat juga perlu konsisten. Jadi, untuk melahirkan tindakan yang original, matlamat juga perlu original.
Be Proactive
Individu yang proaktif, matlamatnya original. Proaktif pada apa jua situasi. Proaktif bermakna memilih pilihan respon yang praktikal untuk memberi respon terhadap sesuatu keadaan. Berbeza dengan reaktif. Reaktif bermakna memberi respon terhadap sesuatu keadaan dengan satu-satunya jalan emosi apabila menutup pintu pilihan respon lain yang ada. Dengan kata mudahnya, proaktif lebih praktikal dan rasional berbanding reaktif yang lebih emosional. Apabila bersifat proaktif, matlamat yang lahir dari sifat itu adalah satu matlamat yang tidak dipengaruhi oleh keadaan dan emosi tetapi dari dalam diri sendiri yang rasional. Original. Ingat, matlamat mungkin akan disalah pilih apabila anda tidak proaktif untuk menilainya.
Benar, apabila berada di jalan dakwah, faktor situasi telah menyebabkan kesukaran untuk menyemak kembali matlamat perjuangan. Oleh sebab itulah peringatan sangat penting dalam memupuk kesedaran dalam diri manusia kerana hakikatnya manusia itu bersifat pelupa. Firman Allah:
"Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang mukmin"
(Adz-Dzaariat 51:55)
No comments:
Post a Comment