February 02, 2011

Semakin Kufur, Semakin Bertambah Nikmat



Bergambar di airport Bahrain
Tatkala diri ini menjejakkan kaki ke Bahrain dalam perjalanan ke Cairo, bahang udara panas jelas terasa. Jika di Malaysia udara panasnya bercampur lembab tapi di sini saya seperti lemas dalam haba udara yang kering. Suasana yang cukup berbeza seolahnya tidak percaya bahawa saya sekarang berada di oversea.  Saya mula merasa diri ini semakin jauh dari tanah air, jauh dari kampung halaman, jauh dari keluarga dan sahabat tercinta malah terasa semakin jauh dari tuan empunya langit dan bumi. Masakan tidak, saya bagai nak gila tatkala menghitung nikmatNya sehingga membolehkan saya akhirnya menapak di ardhul kinanah dalam misi kembara ilmu. Tidak keterlaluan saya katakan kadar bilangan nikmatNya berkadar songsang dengan kadar nilai syukur saya padaNya. 

 
Bermula dari kecil sehingga dewasa, saya tidak putus-putus dihidangkan dengan pelbagai nikmat. Namun, timbul persoalan dalam benak fikiran saya, selama ini juga saya bukanlah hamba yang reti berterima kasih kepada Si Penganugerah tapi kenapa nikmat itu tetap melimpah malah semakin bertambah. Andaikan jika anda menolong si A ketika dia dalam kesusahan, tetapi dengan sombongnya dia berkata “jangan berlagak baik dengan aku!” dalam nada yang sinis dan keras selepas dia dengan senang hati ‘menerima’ pertolongan anda, apakah anda masih bermurah hati untuk menolongnya buat kali kedua?
SIFAT PEMURAH ALLAH
Allah jua yang memiliki segala sifat kesempurnaan yang tidak menyerupai manusia. Sesungguhnya sifat pemurahNya tiada batas dan penghujung. MANUSIA BUTA DALAM MENILAI REALITI. Realiti bahawa Allah itu ada dan Dia sentiasa ada untuk hambaNya. Kerana manusia sentiasa berfantasi. Hanyut dalam fantasi alwahnu.
Akhirnya saya temui jawapan. Nikmat Allah natijahnya dua:
1)menjadi hamba yang bersyukur
2)menjadi hamba yang kufur
Sama ada natijah (1) atau (2) yang menjadi favourite, nikmat selepas itu tetap ada kerana pemberi nikmat itu adalah Allah, pencipta yang Maha Pemurah. Kerana sifat pemurahNya itu juga, Dia sebenarnya mengurniakan kita berjuta peluang untuk MENYEDARI REALITI agar kembali sujud padaNya. Firman Allah:
وَإِنْ تَعُدُّوا نِعْمَتَ اللَّهِ لَا تُحْصُوهَا إِنَّ الْإِنْسَنَ لَظَلُومٌ كَفَّارٌ                     
(
Surah Ibrahim, ayat 34)
Dan sekali lagi Dia berfirman:
وَإِنْ تَعُدُّوا نِعْمَةَ اللَّهِ لَا تُحْصُوهَا إِنَّ اللَّهَ لَغَفُورٌ رَحِيمٌ                          
(Surah An Nahl, ayat 18)
Sungguh, saya sudah tidak mampu mensyukuri satu persatu nikmatNya. Pernah terlintas dalam hati ini agar Allah menghentikan nikmatNya untuk saya sebaliknya diagihkan nikmat itu untuk orang lain yang lebih memerlukan kerana saya tidak larat lagi untuk membalas segala anugerahNya. Namun, andai ia terjadi, masakan saya bisa menulis di saat ini, masakan saya diberi peluang untuk menuntut ilmu sambil meneroka kebesaranNya, masakan saya diberi peluang untuk MERASA NIKMAT SYUKUR PADA NIKMATNYA.
Alhamdulillah..

 NB:
Artikel ini telah ditulis pada Oktober2010 tetapi baru dipostkan atas beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan

No comments:

Post a Comment