September 22, 2010

bila aku menjadi REALITI

Kenapa "bila aku menjadi REALITI" menjadi blog tittle pilihan saya? Satu persoalan menuntut rasional. Jawapan, "saje.." atau "tak ada makna apa-apa pun" pasti tidak memuaskan hati kerana sudah terang lagi bersuluh statement itu menunjukkan saya sedang berahsia. Ketahuilah andai ia menjadi rahsia, itu bermakna tiada apa yang istimewa pada tajuknya. Namun, saya memilih untuk memberi penjelasan ringkas atas nama perkongsian agar penulisan blog saya sentiasa berada dalam landasan matlamat yang jelas.



bila aku menjadi REALITI, maka hancurlah FANTASI

Saya ingin sentiasa menjadi realiti dan mengajak sahabat turut sama menjadi realiti. Apakah realiti itu? Realiti saya adalah hambaNya yang diciptakan untuk merealisasikan dua tujuan:

untuk beribadat kepada Allah

Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku   
-surah Adz Dzariyat, ayat 56
untuk menjadi khalifah di bumi pinjamanNya ini


Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, "Aku hendak menjadikan khalifah di bumi"

-surah Al Baqarah, ayat 31

Inilah REALITI. Selagi saya menjadi realiti ini, selagi itu saya mesti menghancurkan segala FANTASI. Fantasi dalam AL-WAHNU yakni mencintai dunia dan tidak takut pada mati, nauzubillah!

1 comment:

  1. 'pendek' nyo namo blog..
    xdop hok pendek lagi ko?? heee ^.^

    moga terus istiqamah!!

    ReplyDelete