Nun dari jauh kelihatan kerlipan butiran manik-manik pasir di ketengahan panas membahang. Matahari terbenam di ufuk barat seolah-olah tenggelam ke dasar lautan. Tasik biru muncul di tengah padang pasir. Pemandangan memukau jauh dari kebisingan kota Kaherah.
Inilah yang boleh saya gambarkan tatkala mengembara di ardhul kinanah. Peluang cuti di musim panas seusai final exam saya rampas dengan rakus. Rakus kerana dahagakan sebuah cinta agung. Kebesaran Ilahi saya nikmati dan syukuri. Subhanallah.. Alhamdulillah.. Jauh dari sudut hati, doa saya panjatkan agar musafir ini membuka mata hati yang bertakhta di dalamnya mahligai iman. Cerita seorang wali Allah yang menolak untuk ber'uzlah di tengah keindahan alam kerana bimbang ia bukan mendamaikan untuk pencarian cintaNya malah melalaikan dengan pesona dunia mengingatkan saya agar tidak lekang menyebut namaNya ketika bermusafir agar diri ini senantiasa menyedari ketakjuban alam ini adalah milikNya semata. Dan bukankah Allah telah berfirman:
August 14, 2011
August 08, 2011
Berta'aruf Dengan Kekasih
"Salam. Ni Suraya ea?", Ahmad memulakan bicara di laman chatting.
"Wassalam" Belum sempat Suraya membalas pertanyaan, tulisan Ahmad terpapar lagi di skrin laptop.
"Awak ingat saya tak? Saya Ahmad. Ahmad yang sekelas ngan awak masa darjah 6 dulu tu.."
"Oooh Ahmad. Ahmad bin Yazid? Macam mana boleh tak ingat, awak kan budak lelaki yang paling nakal kat sekolah dulu?"
Respon Suraya merancakkan perbualan mereka. Tidak hanya terhenti setakat chatting di facebook, masing-masing saling berbalas SMS. Mereka mula mengenali dengan lebih rapat.

August 01, 2011
Ahlan Ya Ramadhan!
Tahun ini, 1432H, tahun yang dihiasi dengan warna warni kehidupan, saya lalui merentasi sebuah perjalanan takdir yang cukup menguji. Dalam ujian terselit sinar kebahagiaan selagi sabar, syukur dan doa menjadi senjata iman. Tidak dinafikan iman itu ada turun naiknya. Betapa peritnya melawan keganasan nafsu yang menyerang jiwa tanpa belas, hanya Allah yang tahu. Tika itu, dalam sujud doa saya panjatkan agar Allah sentiasa memberi kekuatan untuk saya kembali kepadaNya tatkala hati ini berpaling dariNya. Dan kekuatan itu saya harapkan berterusan untuk saya melalui tarbiah Ramadhan pada tahun ini. Ahlan ya Ramadhan!
Ramadhan tahun ini sangat berbeza dengan Ramadhan sebelumnya. Hampir sebahagian daripada Ramadhan kali ini akan saya jalani di bumi yang jauh dari tanah air tercinta, dipisahkan daripada keluarga dengan jarak antara benua. Namun, bukan itu yang menjadikan Ramadhan tahun ini berbeza tapi menjalani ibadah puasa di bumi anbiya' dengan dilimpahi kebun-kebun ilmu daripada masyaikh itulah yang menjadi signifikan.

Subscribe to:
Posts (Atom)