"Third year medicine is very difficult. You must attend all the class and study hard."
Kata-kata dokturah yang mengajar saya subjek Pharmacology masih terngiang-ngiang dalam benak fikiran. Dokturah semangat, saya lagilah kena SEMANGAT!
"Perjalanan daie' bukan dihampar permaidani merah. Tapi laluannya penuh duri dan kaca. Tak dinamakan berjuang tanpa cabaran dan pengorbanan"
Kata-kata seorang kawan pula seakan ingin menyekat semangat yang hadir.
.................
Mulut berbicara, hati mengia, tapi realiti ???
Sejenak berfikir, benarkah maksud pengorbanan itu seperti pengorbanan yang dimaksudkan?
Sejenak berfikir, benarkah maksud pengorbanan itu seperti pengorbanan yang dimaksudkan?
Entahlah.. Kadang-kadang terasa seperti dunia ini hanya mengulang skrip yang sama, watak yang sama dan lakonan yang sama. Cuma terpulang pada olahan wataknya. Jika sama, maka cerita masih sama dan selama-lamanya akan sama. Penonton pula jemu.
MATANG
Pelakon yang matang adalah pelakon yang memperbaiki dirinya dengan persoalan kenapa (untuk faham) dan bagaimana (untuk praktikal). Kenapa penonton jemu? Dan bagaimana untuk tidak menjemukan penonton? Pelakon watak merupakan ikon yang dinilai oleh penonton. Penilian sudah tentu dibuat berasaskan bakat dan kemahiran. Sekali gus menjadi bahan pelaku jalan cerita. Berapa banyakkah pula jalan cerita yang laku kerana ceritanya best tapi pelakonnya ala kadar sahaja? Mungkin ada, tapi realiti ???
Mungkin tidak patut mengandaikan pentas dakwah yang suci sama dengan pentas lakonan yang penuh khayalan dan fantasi. Namun, di era daie sendiri yang telah mencampuradukkan haq dan batil, tidak hairanlah ia datang sebagai sindiran. Mana tidaknya, daie berterus-terusan memberi alasan amanah untuk menidakkan amanah yang lain. Tidak kisahlah sama ada memberi alasan dakwah untuk mengenepikan pelajaran atau menidakkan dakwah atas alasan pelajaran. Pelajaran dan dakwah kedua-duanya adalah medan jihad apabila diniatkan untuk Islam. Jika daie yang mengenepikan pelajaran untuk dakwah dikatakan telah melakukan sebuah pengorbanan, jadi secara logik akalnya patut dikatakan bekorban juga bagi orang yang mengenepikan dakwah untuk pelajaran. Orang hebat dalam medan dakwah, tapi gagal dalam pelajaran adalah fitnah. Orang yang hebat dalam pelajaran, tapi lesu dan buta dalam dakwah sepatutnya juga adalah fitnah.
APABILA DAIE MEMBUAT DEFINISI MENGIKUT KONDISINYA
Inilah akibatnya apabila daie sendiri menyempitkan islam yang tersedia syumul dan hanya melihat dan menilainya pada skop yang kecil sehingga melahirkan nilai-nilai sekular dalam diri. Pelajaran lain. Dakwah lain. Membuat definisi sesuai dengan kondisinya. Macam sesumpah. Berubah coklat apabila berada pada batang pokok, berubah hijau apabila berada di atas daun. Tidakkah daie itu melihat bagaimana Rasulullah s.a.w memusatkan segala perkara daripada sekecil-kecil hingga sebesar-besar perkara ke arah dakwah islam yang syumul? Bukankah daie juga yang sering mengulang-ngulang ayat ini?
"Islam adalah satu cara hidup. Islam mengajar umatnya dari sekecil-kecil perkara seperti adab masuk ke tandas hingga sebesar-besar perkara seperti soal pemerintahan negara"
Maka tidakkah pelajaran dan dakwah termasuk dalam cara hidup islam? Persoalan juga buat penonton yang tidak beraksi. Adakah patut kalian menyatakan gagalnya seseorang kerana sibuk dengan kerja dakwah (apabila melihat daie yang gagal) dan dalam masa yang sama mengatakan berjayanya seseorang kerana sibuk menolong agama Allah dalam kerja dakwahnya (apabila melihat daie yang berjaya)? Jika ya, anda juga adalah sesumpah. Paling malang lagi, anda adalah sesumpah yang malas untuk bergerak (selesa dan suka dengan warna sedia ada) tapi hanya menjadi kaki sorak dan sibuk menilai sesumpah lain yang asyik bertukar warna.

SEBAB SEBAGAI USAHA BUKAN ALASAN
Sebab dicipta sebagai usaha bukan alasan. Untuk berjaya, manusia perlu berusaha dengan gigih tetapi berjayanya manusia tidak boleh dikatakan kerana usahanya yang gigih. Kerana siapalah kita, insan yang sering terdedah dengan dosa, untuk meletakkan kayu ukur usahanya sebagai sebab dia berjaya sedangkan Allah itu bisa sahaja menidakkannya jika Dia menghendaki. Begitu juga dengan daie yang berpegang dengan ayat, (ان تنصروا الله ينصركم ويثبت أقدامكم) Untuk mendapatkan pertolongan Allah, kita perlu berusaha untuk menolong agama Allah, tetapi setelah mendapat pertolongan Allah, secara adabnya tidak boleh kita katakan kita mendapat pertolongan Allah kerana telah menolong agamaNya, kerana siapalah kita untuk menilai nilai IKHLAS disisiNya.
Pointnya mudah dan simple. DAIE BERALASAN. Teruslah beralasan wahai daie jika anda masih mahu berada di level yang sama. Sedang mukmin hari esok lebih baik daripada mukmin hari ini. Bertaqwalah kerana taqwa adalah jalan keluar bagi orang mukmin.
عن رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم قال : (إتق الله حيثما كنت وأتبع السيئة الحسنة تمحها وخالق الناس بخلق حسن)
<رواه الترمذي>
Konklusinya, pelajar yang menyedari dan memahami tanggungjawab dirinya sebagai daie perlu lebih bersemangat dan bermotivasi untuk belajar dalam berdakwah. Jadi, saya dan anda semua kena SEMANGAT!!! 3X ^^
BUAT PARA DAIE,
JIKA PERNAH GAGAL, JANGAN MENYANDARKANYA PADA PENGORBANAN,.
JIKA BERJAYA, JANGAN MENYANDARKANNYA PADA PERTOLONGAN..
BAIK KEGAGALAN MAHUPUN KEJAYAAN BUKAN ALASAN UNTUK MENGABAIKAN DAKWAH DAN AMANAH..
TETAPI SATU-SATUNYA ALASAN UNTUK TETAP TEGUH TIKA BANGUN DAN JATUH ADALAH DEMI DIA, RASUL DAN AGAMANYA..
P/S: Sesungguhnya segala nasihat, teguran atau sindiran juga adalah untuk diri saya sendiri yang menjadikan penulisan blog sebagai salah satu medan untuk memberi peringatan kepada diri yang alpa ini.

No comments:
Post a Comment