Firman Allah s.w.t:
Maksudnya: (Dialah) Yang Maha Tinggi Darjatnya, yang memiliki 'arasy, yang menurunkan wahyu dengan perintahNya kepada sesiapa yang Dia kehendaki di antara hamba-hambaNya agar memperingatkan (manusia) tentang hari pertemuan (hari kiamat) (15) (iaitu) pada hari (ketika) mereka keluar (dari kubur), tiada sesuatu pun keadaan mereka yang tersembunyi di sisi Allah. (Lalu Allah berfirman) "Milik siapakah kerajaan pada hari ini?" Milik Allah Yang Maha Esa, Maha Mengalahkan (16) Pada hari setiap jiwa diberi balasan sesuai dengan apa yang telah dikerjakannya. Tidak ada yang dirugikan pada hari ini. Sungguh, Allah sangat cepat perhitunganNya (17)
(40:15-17)
Allahu Akbar..Allahu Akbar..Allahu Akbar
Kalam Allah Yang Maha Benar dari surah al-ghafir menjadi mukaddimah penulisan saya pada kali ini.
Menjadi sebahagian daripada revolusi Mesir merupakan satu anugerah yang tidak ternilai buat diri saya. Siapa sangka.. Saya sekarang sedang berpijak di sebuah negara dalam era kebangkitan, kuasa rakyat yang berjaya menggulingkan kerajaan angkuh dan kini menjadi tumpuan dunia pasca revolusi. Mana tidaknya, kemenangan Dr Muhammad Mursi daripada parti Al-Hurriyyah Waladalah dan merupakan salah seorang daripada calon ikhwanul muslimin yang bertanding dalam pilihan raya presiden baru-baru ini telah membuka mata kuasa-kuasa dunia. Negara-negara islam lain yang sedang nyenyak tidur pula seakan terjaga daripada buaian mimpi. Ayat-ayat Allah diturunkan sebagai formula kemenangan kepada orang-orang mukmin sedang orang mukmin sendiri tidak yakin dengan ayat-ayatNya sehingga kemenangan islam itu dirasakan mustahil. Maka, siapakah sebenarnya yang telah mendustakan ayat-ayat Allah? Sejarah pernah membuktikan..Sultan Muhammad Al-Fatih merealisasikan pembukaan Konstantinopel yang dijanji nabi. Al-Quds pernah dibebaskan oleh Salahuddin Al-Ayubi. Dua pertiga dunia pernah kita kuasai. Maka, atas asas apa kemenangan islam kita nafi?
Islam Pasca kezaliman di Era Kebangkitan
Rakyat Mesir meraikan kemenangan Dr Muhammad Mursi di Medan Tahrir |
Ayuh, bangkitlah! Bangkitlah wahai pemuda dan pemudi, syabab-syabab dan jundi-jundi islam. Sekarang bukan masa untuk hanya berbual bicara, bukan masa untuk hanya mengkritik perjuangan islam, tetapi sekarang juga adalah masa untuk bertindak. Sibukkan dirimu dengan urusan ummah. Bertindak atas paksi al-quran dan as-sunnah. Memerangi kezaliman dan menjulang panji keadilan.
Ya Allah, sungguh..aku dahagakan kemenangan islam di tanah airku...
No comments:
Post a Comment