March 15, 2012

Usrah Tunjang Daulah

Seketika bersama laptop, merehatkan minda dari segala kekusutan dan kecelaruan fikiran, teringat pula pada blog yang telah lama saya tinggalkan. Terasa ingin berkongsi sesuatu. Dek kerana saya bukanlah penggemar facebook, tidak banyak masa saya habiskan di hadapan skrin laptop selama saya bergelar pelajar medic. Masa yang saya lalui lebih suka untuk saya hadapi kehidupan mad'u realiti di luar sana berbanding mad'u-mad'u di alam maya yang kadang-kadang saya sendiri tidak mengenali mereka. Ya, berdepan realiti lebih realistik! Paling tak boleh saya berkompromi bila  facebook banyak merampas masa study dan rutin tanggungjawab harian saya. Benarlah kata Imam Hassan Al-Banna, kewajipan tanggungjawab lebih banyak daripada masa. Jadi, untuk menolak kemudaratan yang lebih banyak dari kemaslahatan (saya tidak menafikan bahawa facebook adalah salah satu medium dakwah), saya memilih untuk menghadkan masa saya untuk facebook. Seminggu sekali buka facebook, aci tak? ^_^


Sebelum saya memulakan entri saya pada kali ini, ingin saya mengajak anda semua untuk sama-sama kita mendoakan saudara seislam kita di Syria yang kini telah melayang belasan malahan mungkin puluhan ribu nyawa kerana kezaliman tentera Basyar Al-Asad LAKNATULLAH! Tidak dilupakan saudara kita di Palestin yang masih tiada pembelaan, Al-Aqsa yang menangis menuntut keadilan. Ya Allah, selamatkanlah saudara-saudaraku, lindungilah mereka. Walaupun aku tahu, Engkau telah menyediakan syurga buat mereka, namun aku tidak sanggup melihat mereka diperlaku serakus binatang, Islam dipijak-dipijak penuh kehinaan, sang kuffar berpesta menghina agama dan rasulMu. Ya Allah, bantulah hambaMu yang rela mati daripada terpaksa menggadai aqidah.Amiin..

3 Mac 1924? Masihkah anda ingat tarikh ini? Bermula dari tarikh inilah, Islam dikelami satu persatu kejatuhan. Khilafah yang ditegakkan sebelum ini dihancurkan oleh dasar-dasar sekularisme. Lautan ilmu dari ketamadunan islam hilang dari lipatan sejarah. Peta dunia memisahkan negara-negara islam dengan pecahan-pecahan sempadan. Yang tinggal, apa yang ada pada hari ini. Umat Islam jauh dari landasan dan petunjuk syariat. Jarum-jarum musuh Allah telah berjaya memesongkan aqidah umat islam. Nah, inikah hadiah yang ingin kita berikan kepada Rasulullah sebagai tanda terima kasih kita kepada Baginda atas perjuangan yang telah baginda tegakkan apabila kita bertemu Baginda di sana nanti? Atau, masih kita terhegeh-hegeh dengan syafaat baginda sedang tiada satu pun sumbangan kita untuk menyambung perjuangan Baginda?

Sebarkan ISLAM

Formula dan kata kunci entri saya pada kali ini. Jika anda melihat islam dalam diri anda, maka kongsilah ia  dengan orang sekeliling anda walaupun dengan tempiasan cahayanya kerana dengan tempiasan cahayanya sahaja sudah mampu membangunkan hati yang kosong dan mati. Methodnya? Banyak dan pelbagai. Namun, salah satu method yang digunakan oleh Rasulullah di awal penyebaran islam ialah usrah.

Apa itu U.S.R.A.H?

Usrah daripada pengertian bahasanya ialah keluarga. Melalui pengamatan saya sendiri, usrah lebih daripada sebuah ikatan keluarga, bahkan ia adalah sebuah ikatan aqidah yang didasari al-quran dan as-sunnah dalam membentuk individu muslim. Jika garam dan gula ditambah dalam masakan sebagai perasa, maka perasa bagi sebuah usrah adalah ikatan ukhwah dan mahabbah. Bukankan berkasih-sayang dan saling mencintai kerana Allah adalah salah satu daripada tiga petanda kemanisan iman yang disebut oleh Baginda? Di awal penyebaran islam, Rasulullah s.a.w telah mengadakan usrah di rumah Al-Arqam bin Abi Al-Arqam untuk menyampaikan dakwah kepada sahabat-sahabat baginda di samping memaut hati-hati mereka untuk mencintai islam. Hasilnya, semakin ramai yang tertarik kepada keindahan islam sehingga akhirnya Baginda berjaya menegakkan negara islam yang pertama di Madinah. USRAH TUNJANG DAULAH.

Gambar kenangan SC
Menyebut tentang usrah, rasanya tidak terlambat untuk saya menjayakan kempen Smart Circle (SC) yang dijalankan oleh Persatuan Pelajar-pelajar Perubatan Malaysia-Mesir (PERUBATAN) sepanjang minggu ini dengan nama kempennya, Simbolik Cinta. Banyak aktiviti dan pertandingan menarik yang dijalankan yang boleh dilihat melalui paparan blog rasmi perubatan.org Walaupun bukan dengan menyertai pertandingan, saya cuba untuk menyampaikan misi dan objektif kempen ini dengan menjayakan SC, sama ada sebagai ahli SC atau mentor (naqibah) SC yang proaktif dalam menyampaikan risalah dakwah melalui SC. Harapan saya, semoga suburnya islam dalam jiwa bakal-bakal pengamal perubatan keluaran Mesir yang akan berhadapan dengan masyarakat tanah air suatu hari nanti dengan membawa misi dakwah islam yang jelas. Insya Allah..






No comments:

Post a Comment