Kenapa "bila aku menjadi REALITI" menjadi blog tittle pilihan saya? Satu persoalan menuntut rasional. Jawapan, "saje.." atau "tak ada makna apa-apa pun" pasti tidak memuaskan hati kerana sudah terang lagi bersuluh statement itu menunjukkan saya sedang berahsia. Ketahuilah andai ia menjadi rahsia, itu bermakna tiada apa yang istimewa pada tajuknya. Namun, saya memilih untuk memberi penjelasan ringkas atas nama perkongsian agar penulisan blog saya sentiasa berada dalam landasan matlamat yang jelas.