Namun, saya tidak mahu terlalu pantas menutup buku. Terasa ingin berkongsi coretan memori agar ia terus segar dan tidak luput walau ditelan usia dan zaman di suatu hari nanti. Tatkala sibuk mengulangkaji pelajaran Anatomy yang baru sahaja selesai peperiksaannya, saya terbaca catatan yang saya tulis pada helaian buku, catatan azam baru semasa mula melangkah tahun dua.
I'm study not to get mumtaz
but
I'm study to master the knowledge
bcoz
I wanna be a good MUSLIM DOCTOR!!!
I LOVE MEDIC
Antara catatan lain,
Tips IKHLAS BELAJAR
1) Belajar bukan tym exam je tp cuba fahami stiap kali slps lecture.
2) Tym nak exam, revise semua yg dah belajar, bukan yg spot n masuk exm saje
MATLAMAT: MUMTAZ dlm penguasaan ilmu medic bukan mumtaz result semata..
"Jika anda yakin doktor adalah medan dakwah anda di masa hadapan, maka yakinlah penguasaan ilmu medic adalah antara tanggungjawab terbesar anda saat ini!!!"
"Assume each medical books you read as lives of human in your hand"
Semakin memori itu berputar..
Satu prsoalan timbul, adakah azam saya itu terlaksana dan terus istiqamah hingga ke saat ini? Jika jawapannya dalam bentuk pecentage, saya akan jawab 60% dan bakal 100% di masa hadapan, INSYA ALLAH.. Kerana Allah itu tidak menyukai hambaNya yang berputus asa. Jika gagal hari ini, pasti boleh berjaya pada masa hadapan. Yang penting, istiqamah! Namun, tidak dinafikan proses menimba ilmu medic di tahun dua ini lebih sukar dan mencabar daripada tahun sebelumnya sehingga kadang-kadang beberapa disiplin ilmu yang saya amalkan sebelum ini tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya.
Tahun dua juga saya lalui dengan mengenal dunia. Saya mula belajar untuk matang berusan dengan manusia melalui bebanan tanggungjawabsama yang diamanahkan sama ada sebagai pelajar, ahli bait, rakan sekelas atau rakan sekerja dalam persatuan. Membentuk kepimpinan diri untuk menjadi pemimpin bukanlah perkara yang mudah, namun ia perlu bagi seorang dai'e untuk memimpin dirinya dan orang sekitarnya. Dan tidak dinafikan, banyak ujian yang terpaksa ditempuh, dirempuh dan diredah. Bukankah Allah telah berfirman:
*الم* أحسب الناس أن يتركوا أن يقولوا آمنا وهم لا يفتنون
* ولقد فتنا الذين من قبلهم فليعلمن الله الذين صدقوا وليعلمن الكاذبين
* ولقد فتنا الذين من قبلهم فليعلمن الله الذين صدقوا وليعلمن الكاذبين
(Al-Ankabut 29:1-3)
" Alif Lam Mim* Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan 'Kami telah beriman' dan mereka tidak diuji?* Dan sungguh Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang berdusta "
Begitulah putaran roda kehidupan seorang mukmin. Tidak terlepas dengan bayaran ujian jika ingin membeli syurgaNya. Tatkala ada yang memilih facebook sebagai medan melepaskan perasaan, memburuk-burukkan orang lain sehingga menzahirkan kerendahan dan ketandusan akhlak, saya lebih suka menjadikan masalah saya sebagai rahsia antara saya dan Dia Yang Maha Mendengar kerana saya yakin orang-orang yang ikhlas dan sabar adalah orang-orang yang lebih disayangi oleh Allah s.w.t. Dalam ujian, Dia selitkan pula kisah bahagia yang mencorak lukisan kehidupan. Itulah keadilan Allah untuk hambaNya sekalipun hambaNya kadang lupa akanNya, kadang memungkiriNya, kadang angkuh denganNya. Semoga Allah mengampuni dosa-dosa yang lalu.
Pemandangan dari puncak Sinai |
Tahun ini juga, niat saya datang ke bumi anbiya' ini demi untuk menjaga hafazan Al-Quran semakin Allah nampakkan jalannya. Setelah khatam tahsin Al-Quran bersanad dan bergurukan sheikh pada 3 Mac 2012, saya nekad untuk menyambung hafazan. Semoga Dia memberi peluang untuk saya menyempurnakan niat ini.
Galasan tanggungjawab yang semakin bertambah banyak melatih saya untuk beransur-ansur mendisiplinkan diri dalam pengurusan masa. Kadang-kadang, saya belajar untuk berkata 'tidak'. Pendirian diri perlu jelas. Daripada situlah lahirnya individu yang proaktif dengan ketulenan dan keaslian tindakannya. Inside out. Namun, berkata 'tidak' bukanlah melalui petunjuk nafsu tetapi perlu kepada hidayahNya bersumberkan ilmu sebagai penyuluh. Sebab itu, perlunya pergantungan yang tinggi kepada Dia yang mengatur kehidupan agar sebarang keputusan yang kita ambil adalah daripada petunjukNya. Berpijaklah di bumi realiti. Orang yang mempertuhankan nafsu adalah orang yang lebih banyak hidup dalam dunia khayalan dan fantasi. Nauzubillah..
Teman-teman sekuliah semasa jamuan batch |
Takdir Allah itu indah
Jika manusia belajar untuk bersabar dan bersyukur
Kerana setiap titip kehidupan itu punya makna
Yang akan dipersaksikan di hari abadi
Dan takdirNya pasti lebih indah
Jika hambanya ikhlas dan tulus
Mengharap cinta hakiki
Penghujungnya pasti syurga yang menanti...
Penghujungnya pasti syurga yang menanti...